#1: Pokok Ketapang | Fiddle Leaf Fig | Ficus Lyrata


Antara pokok pertama yang aku beli ialah Ficus Lyrata/Fiddle Leaf Fig atau pokok Ketapang. Pokok ni memang agak hype, menghiasi kulit depan katalog dan media sosial. Ramai cakap pokok ni susah jaga, tapi aku nak cuba dulu lah, belajar dari situ. Hari ini, aku nak share lima perkara pertama yang aku belajar pasal pokok ni:


Sumber: Blog Leon and George

#1: Pokok Ketapang ni boleh tahan cekadak dia



Masa mula-mula nak beli, macam-macam orang cakap pasal pokok Ketapang ni - tanah tak boleh basah sangat, tanah tak boleh kering sangat, tak boleh kena matahari terik sangat, tak boleh kurang cahaya matahari, tak boleh udara kering, tak boleh tu, tak boleh ni... yih! Kau nak apa sebenarnya dalam dunia ni? Kalau pokok ni seorang budak, dah lama aku kasi penampor

Tapi dua batang pokok Ketapang yang aku beli dua minggu lepas masih utuh dan berkilau kehijau-hijauan. Satu letak di verandah depan (redup) - nama dia Lady Glitter Sparkles (sebab daun dia sentiasa berkilat selepas aku lap dengan kain). Tiap kali balik dari pejabat, aku singgah sekejap tepi pasu dia dan cucuk jari telunjuk nak periksa tanah dia lembab atau kering - kalau lembab aku tak siram, kalau kering aku siram. Selepas tu aku belek-belek daun dia depan belakang kalau ada anasir durjana yang cuba gigit daun dia yang masih terpelihara ni. Manakala satu pokok ketapang lagi aku letak di balkoni ruang tamu tingkat atas (kena panas terik) - nama dia Mama Coco. Hari-hari aku periksa juga tanah dia, tapi sekarang musim hujan, sah sah sentiasa lembab. Tapi kira otai jugalah Mama Coco ni sebab balkoni tu panas terik masa tengahari, namun dia masih utuh dan berseri. Harap-harap begitulah hendaknya untuk minggu-minggu akan datang. 


Sumber: Expert Photography

#2: Pokok Ketapang mahal sebenarnya
Aku tahu Ikea ada jual RM 19.90 untuk ketinggian 15 cm (Ficus Lyrata), tapi semoga berjayalah ya mencari pokok kau orang tu, sebab setakat hari ni, pokok-pokok Ketapang ni laris dijual di Ikea Damansara dan Cheras. Pilihan kedua untuk mendapatkan pokok ini ialah kedai-kedai menjual pokok bunga, biasanya Sungai Buloh yang dikelilingi kebun-kebun menjual segala mak nenek pokok. Aku pernah jumpa yang kecil kemetot harga RM 18. Yang ni kira okay lagi. Ada kedai yang konon-konon promo - dua pokok kecil RM 60? Weh! Apa dia??? Semakin tinggi pokok tu, semakin naiklah harga dia. Kadang-kadang mencecah seratus lebih. Kemahin kau orang buat duit ya. Jadinya, aku pun memutuskan untuk membeli pokok Ketapang di sebuah kedai dengan harga RM 18, tapi versi sederhana. Dari sudut fizikalnya, memanglah tidak semeriah pokok RM puluhan dan ratusan ringgit itu, tapi tak mengapa, aku akan jaga dia sampai dia besar. Di mana kedai tu? Haha, aku tak nak cakap. Karang aku bagitahu asyik habis je pokok tu kena kaut dengan kau orang. Aku yang stress bila datang kedai, kedai kata dah habis. 

Sumber: Recipris

#3: Pokok Ketapang boleh menjadi besar gedabak
Antara kerisauan para pekebun ialah pokok Ketapang yang kesedihan lalu layu. Tapi ada lagi satu lagi perkara yang aku rasa boleh jadi kerisauan - pokok Ketapang kau orang tersangatlah gembira sehingga membesar dengan sihat dan kuat dengan Milo, melangkaui atap rumah. Dah lepas tu kau pening. Fikir nak letak dia kat mana satu hal. Fikir nak angkat macam mana satu hal lagi. 

Sumber: Apartment Therapy

#4: Pokok Ketapang boleh je rasanya kena panas atau bawah redup
Ramai mat saleh dalam youtube cakap jangan letak pokok Ketapang ni bawah cahaya matahari nanti sunburnt lah bagai. Amboi manja nau. Satu benda je aku percaya - pokok Ketapang ni katanya asal dari Afrika. Kau ingat Afrika ni negara sejuk ke? Sah sah lah dari azali lagi, pokok Ketapang boleh tahan iklim tropika. Tapi apa-apa pun, aku nak perhati dulu. Kalau kebun tu jual pokok Ketapang yang sememangnya dari kecil dimanjakan bawah redup, janganlah kau beli kemudian feeling-feeling letak kat laman luar. Kalau kebun tu jual pokok Ketapang yang memang dilatih dari kecil bertahan dengan cahaya matahari, maka kau boleh lah beli pokok tu, kemudian letak dekat laman depan rumah bawah panas.  Agaknya lah kot. Cuba kau tengok, nanti cerita kat aku, k? 
#5: Kalau kau rasa kau pemalas, kau cari je lah pokok tipu
Kalau kau pun spesis pemalas, banyak cekadak, nak benda mudah segala, maka kau beli je lah pokok tiruan, tak da lah kau nak sakit jiwa sangat, kan?

Sekian sahaja pelajaran  hari ini. Nanti kita sembang lagi, okay. 

Comments

  1. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts